12 March 2018 | 3 min read

Kembara sang musafir di perantauan

Bismillahirrahmanirrahim, pejam celik rupanya hari ini dah genap 28 tahun aku bernafas sebagai khalifah di muka bumi Allah SWT ni, syukur alhamdullilah.

Izinkan aku menulis sedikit coretan dan nasihat disini. Ingin aku meluahkan segala perasaan yang terpendam dihati. Dalam umur yang makin berusia ini,tak terkira nikmat serta ujian daripada Nya. Ada antaranya menjadi sorotan kenangan pahit manis kehidupan.

Embrace

Jatuh dan bangkit adalah putaran kehidupan, kata orang tua “hidup ini ibarat roda”, sentiasalah berusaha dan berdoa agar hari seterusnya lebih baik daripada semalam. Kita semaikan dan pupuk iltizam dalam diri dan orang sekeliling untuk membuat perubahan kearah keabaikan. Tiba masa untuk membaiki diri supaya menjadi insan yang lebih baik. Ingatlah, bahawa dunia ini cumalah pentas sementara, suatu hari nanti akan kita tinggalkan jua.

Bak bait-bait lirik lagu kegemaran ku yang berbunyi :

Thinkin’ of what i have been thru is the last thing i’d do

coz i have been tryin’ to heal all these wounds that have hit me deeply thinkin’ of what happened to me it’s like a tragedy,

you don’t wanna know what i got into and you really do not want to

some might say that i’d kill the revolution but in the end it’s my life that really needs a solution.. The ACAB, Goodbye

Itulah apa yang tersirat di kalbu, kerap aku fikirkan kerana tiada siapa pun nak tahu tentang kita. Manusia ni perlukan perhatian tapi tak semua orang akan bagi, tidak bermakna kau lebih baik bersendiri tapi bergaul lah dengan masyarakat dan cuba cari resolusi diri sendiri. Cari matlamat dan teruskan perjuangan menempuhi segala rintangan onak duri. Ingat, Fizikal dan mental kena kuat!

Aku adalah seorang anak kampung yang menjadi sang musafir diperantauan, pengalaman merantau banyak membuka mata dan minda. Sekaligus membuatkan aku lebih matang berfikir dan membuat keputusan, heh..tak sangka juga aku berpeluang untuk merantau di luar negara.

Berbalik pada paranormal kehidupan peribadi aku, sepanjang tahun 2017 macam-macam aku lalui, ada sampai saat aku dah give-up, semangat jadi rapuh dan akhirnya air mata jantan aku mengalir juga. Mujur sentiasa ada hamba Allah yang hadir saat aku memerlukan. Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk menulis ucapan terima kasih tidak terhingga buat insan-insan tersebut.

Akhir sekali, aku mohon agar 2018 kali ini lebih bermakna dalam kehidupan dan aku ingin menjadi insan yang lebih baik daripada sekarang.. Aku tidak mahu lagi rugi terlalu banyak masa seperti sebelum ini.. (إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ)

wassalam

Robbi Nespu | Personal


Discussion and feedback