28 March 2018 | 3 min read

Jenis polisi insurans kenderaan

Mengenali dan memahami jenis polisi pelindungan insurans kenderaan


Pelindungan Insyurans Kenderaan Terdapat 3 jenis polisi pelindungan insurans dan kadang-kala aku lupa apa beza tiga jenis tersebut semasa nak memperbaharui insurans tersebut. Okeylah, aku rasa adalah lebih baik dan bermanfaat untuk aku membuat catatan disini supaya boleh buat rujukan bersama.

Mengambil insurans kenderaan adalah mandatori @ wajib di Malaysia. Dengan mengambil pelindungan ini, kenderaan akan dilindungi dari segi kos kerugian sekiranya berlaku perkara yang tidak di ingini seperti kemalangan ataupun kecurian.

Untuk maklumat ia adalah menjadi kesalahan sekira memandu dan menunggang kenderaan yang tidak memiliki insurans.

Sebelum pergi lebih jauh, molek lah kita fahamkan dahulu apa yang di maksudkan dengan pihak-pihak dalam polisi. Sila rujuk pada jadual di bawah :

Pihak Siapa
Pertama Anda (pemandu @ pembonceng)
Kedua Syarikat insurans kepada anda
Ketiga Orang lain yang terlibat selain pihak pertama dan kedua

Ok baiklah, terdapat tiga polisi insurans dan setiap daripada nya adalah berbeza:

# Pihak pertama - Komprehensif (1st Party/Comprehensive)

  • Pelindungan paling menyeluruh daripada semua risiko (meluas).
  • Insurans akan cover sekiranya berlaku kemalangan terhadap kenderaan anda dan juga pihak yang dilanggar.
  • Kenderaan didapati hilang atau mengalami kebakaran.
  • Juga melindungi kos kecederaan anda dan kerugian pada kenderaan anda.
  • Anda boleh menambah jenis perlindungan lain seperti personal accident, pemandu dan penumpang, cover cermin dan sebagainya.
  • Sesuai untuk kenderaan yang baru dimiliki oleh anda.
  • Kos paling mahal.

# Pihak ke-3 - kebakaran & kecurian (3rd Party Fire and Theft)

  • Sama seperti polisi pelindungan Pihak ke-3 (3rd Party) tapi termasuk pelindungan kebakaran dan kecurian kenderaan.
  • Insurans hanya akan cover kereta yang hilang atau mengalami kebakaran (tidak sengaja).
  • Anda boleh buat tuntutan jika kereta anda mengalami kerugian disebabkan oleh cubaan mencuri
  • Cover kereta 16 tahun
  • Perbezaan dengan 1st party adalah sekiranya berlaku sebarang kemalangan kita perlu membaiki kereta sendiri manakala kereta yang anda langgar di cover oleh insurans.
  • Kos yang serderhana

# Pihak ke-3 (3rd Party)

  • Sekiranya anda terlibat kemalangan dengan kenderaan lain, polisi ini akan melindungi anda daripada tuntutan pihak ketiga tersebut. Walaupun ianya berpunca daripada anda.
  • Polisi ini andalah antara paling banyak dipilih untuk mereka yang memiliki motosikal.
  • Tiada perlindungan sekiranya berlaku kemalangan (secara perseorangan,) kecurian ataupun kebakaran
  • Anda tak dapat buat tuntutan ke atas sebarang kerosakan pada kenderaan anda.
  • Amat murah berbanding dengan polisi yang lain.
  • Pelindungan yang paling minimun.

Polisi pelindungan insurans kenderaan hanyalah untuk kenderaan bermotor. Sebarang kecederaan dan kematian atas anda dan penumpang TIDAK DILINDUNGI oleh mana-mana polisi di atas.

Sumber bacaan / rujukan:

  1. https://www.ibanding.com/jenis-insurans-kenderaan/
  2. https://mediamaklumat.com/renew-road-tax-tamat-tempoh/

Robbi Nespu | Insurans, Malaysia


Discussion and feedback