17 May 2018 | 1 min read

Al-fatihah untuk Prof Madya Dr Hj Mohd Sazali Bin Khalid

Pada tarikh 14 May 2018 yang lepas, saya telah dimaklumkan bahawa salah seorang pensyarah saya di UTHM iaitu Profesor Madya Dr Hj Mohd Sazali Bin Khalid telah meninggal dunia akibat pecah pembuluh darah aorta di HUSM.

Kehilangan beliau amat terasa di kalbu, rasa macam tak percaya :’(

Beliau ada seorang pensyarah yang saya kagumi, kata-kata dia selalu memberi motivasi buat kami sewaktu menuntut di FSKTM, UTHM, Batu Pahat, Johor. Beliaulah yang mengajar subjek BIC 10103 - Discrete Mathematics dan BIC10603 - Statistic sewaktu saya di menuntut di universiti.

Beliau seorang yang aktif menulis paper ilmiah, buku dan bah kan mempunyai blog (nenez9595.blogspot.my) dan facebook. Saya juga pernah terlibat membantu menyediakan statistik untuk buku SPSS beliau secara tidak langsung.

Kami adalah batch sains komputer yang pertama di FSKTM, UTHM dan kami bernasib baik sempat berjumpa dan menuntut ilmu sebelum beliau bersara.

Keperibadian arwah sangat baik dan humble. Sentiasa memberi motivasi, especially buat graduan diploma politeknik dan anak-anak pantai timur yang menuntut di universiti, arwah sangat memahami anak didik beliau.

Mohon sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah. Semoga roh allahyarham ditempatkan bersama para solihin dan akan diangkat darjatnya di akhirat kelak.

Robbi Nespu | FSKTM, Personal, UTHM


Discussion and feedback